Jumat, 20 Desember 2013

Puntianak Dipercayai Berkeliaran Di Kampung Serbia

0 komentar

Puntianak Dipercayai Berkeliaran Di Kampung Serbia
Puntianak Dipercayai Berkeliaran Di Kampung Serbia - BELGRADE : Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.
Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.
“Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini,” kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.
“Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda,” tambahnya yang berusia 55 tahun.
Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.
Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.
Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.
Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.
Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.
Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.
Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.
Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.
“Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita” kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. – Agensi
Read more ►

Kamis, 19 Desember 2013

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

0 komentar

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

Salam guys, apa yang korang bakal baca dibawah ini adalah pengalaman ngeri seorang anggota polis trafik.
Nama beliau Saman bin Jalan (bukan nama sebenar).
[Amaran keras] ini kisah benar, jika korang yang lemah semangat sebaiknya jangan baca sebab ia mungkin menghantui korang selepas ini.
Bermula la kisah pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang.


polis trafik

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
Utara Selatan kelihatan sebuah kancil merah tersadai di sebelah line kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak
ada sebuah kereta pun berhenti pada masa itu.
Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil pakcik tua itu.

Kemudian pemandu Evo7 terus keluar dari kereta yang dipandunya dengan penuh stail (mancho).
Lebih kurang bergini la dialog mereka.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an lagi hesem kacak bergaya."aha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo7 nya.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yangg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pula abang polis trafik ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate abang polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, dengar tak!? Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punya.........sebuah Kancil merah tengah cucuk angin Evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


Read more ►

Video Hantu Korban Kecelakaan Datang Ke Parti Karaoke

0 komentar


Kali ni admin nak berkongsi dengan korang satu video + artikel mengenai sebuah parti karaoke di negara Thailand, telah dikunjungi oleh hantu yang telah terlibat dengan satu kemalangan ngeri. Sangat menyeramkan. Jom kita baca dan tonton video itu sama-sama. Mereka yang lemah semangat, tidak digalakkan untuk membaca entri ini. Terima kasih.



Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.


Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.


Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.


Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti tersebut. Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.


Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.



Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

MAM tolak garis panduan kenal pasti gay dan lesbian di sekolah

0 komentar
sinar harian
19 September 2012
KUALA LUMPUR - Majlis Aids Malaysia (MAM) menolak langkah memperkenalkan garis panduan bagi membantu ibu bapa dan guru mengenal pasti simptom gay dan lesbian dalam kalangan pelajar sekolah.

Presidennya Datuk Dr Raj Karim berkata, perbuatan mengenal pasti seseorang berdasarkan kecenderungan seksualnya merupakan asas kepada diskriminasi.

"Kita semua tahu impak negatif amalan sedemikian ke atas kehidupan golongan minoriti ini terutama mereka yang hidup di luar pinggir masyarakat. Langkah ini akan terus mendorong mereka untuk bersembunyi dan memaksa mereka hidup dengan rasa takut akan dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas garis panduan mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang dikeluarkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata garis panduan yang tidak berasas itu hanya akan mewujudkan sikap tidak bertoleransi dalam kalangan murid sekolah dan mereka yang menampilkan simptom akan didiskriminasi, diejek dan dibuli rakan sebaya.

"Kita tidak boleh benarkan perbuatan mengecap orang lain ini meresap dalam sistem pendidikan kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semua kanak-kanak diberi peluang membesar dalam suasana selamat," katanya.- Bernama
Read more ►

Lelaki Jadi Murtad Selepas Sedar Dari Koma

0 komentar

ALABAMA – Seorang lelaki Islam menjadi murtad selepas sedar dari koma selama sebulan akibat aneurysm otak pada 1992.

Karim Shamsi-Basha yang dilahirkan di Syria dan menulis buku Paul and Me, kemudiannya menukar agama kristian.


Menurut Karim, dia dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dan turut mempunyai rakan-rakan yang beragama kristian.

Malah ketika remaja, dia juga melaksanakan tuntutan agama termasuk bersembahyang lima waktu, sering ke masjid dan berpuasa.

Sebelum mendapat aneurysm otak, Karim tidak pernah berniat untuk menukar agama.

Ketika berusia 18 tahun, dia meninggalkan Syria untuk menuntut di Universiti Tennessee di Amerika Syarikat, berkahwin dan mempunyai anak, sehinggalah dia mengalami aneurysm otak.

Ketika proses pemulihan itu, dia mula membaca Bible dan memeluk kristian pada 1996.
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

Fakta Unik Tomcat Terbang Dengan Posisi Vertikal

0 komentar

Tomcat yang masuk jenis serangga genus Paederus ini mempunyai keunikan dalam cara terbangnya. Bila serangga lain terbang dalam posisi horisontal seperti burung-burung pada umumnya, lain halnya dengan Tomcat. Tomcat ternyata terbang vertikal.
Sayap yang dimiliki Tomcat, ukurannya kecil dan tidak menutupi tubuhnya. Berbeda dengan serangga lain dengan sayap lebar yang menutupi seluruh tubuh. Bisa jadi karena ukurannya yang mini tersebut, cara terbangnya pun jadi aneh.
Karena terbang dengan posisi yang tak biasa itu, kepala Tomcat selalu menghadap ke atas saat terbang.
Fakta unik Tomcat ini seperti disampaikan Haris Sutrsino selaku pakar serangga dari LPI (Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia).
Meski sudah menggegerkan warga Surabaya, sejatinya Tomcat merupakan sahabat petani dalam membasmi hama wereng. Menurut Hari, serangga ini kemungkinan menyerang manusia karena bermaksud melindungi diri.
Serangan Tomcat di Surabaya khususnya di apartemen elit East Coast, Laguna Indah pada Selasa (13/3) cukup menggegerkan. Tomcat yang diduga datang karena kerusakan ekosistem ini, menyerang dengan jumlah yang tak sedikit yakni mencapai jutaan.
Hingga artikel ini ditulis, tercatat sudah lebih dari 25 kasus serangan Tomcat. Tomcat dikabarkan sudah menyebar juga ke Surabaya bagian barat.
Read more ►

5 Fakta tentang kanker anak

0 komentar
Kanker anak? Mengapa ada istilah ‘Kanker Anak’? Apa bedanya dengan kanker orang dewasa?
Satu fakta yang membedakannya adalah, kanker pada orang dewasa dapat dicegah, sementara kanker pada anak tidak. Kanker anak dapat disembuhkan apabila dideteksi secara dini dan bila pengobatan serta perawatan dilaksanakan sebaik-baiknya.

Berikut 5 penyakit kanker anak yang sering diderita serta gejalanya:

1. Leukemia (kanker darah)

Leukemia atau yang lebih dikenal sebagai kanker darah adalah salah satu jenis penyakit kanker yang paling sering menyerang anak-anak. Leukemia disebabkan karena meningkatnya jumlah sel darah putih dalam darah atau sumsum tulang. Gejala yang ditimbulkan anak yang mengidap penyakit ini adalah pucat, demam tanpa sebab yang jelas, nyeri pada tulang, perut bengkak dan keras serta perdarahan seperti mimisan atau bintik-bintik merah di kulit.

2. Retinoblastoma (kanker mata)

Kanker mata ini terjadi pada daerah di belakang mata yang peka terhadap cahaya. Pada umumnya penyakit ini menyerang anak-anak yang berumur kurang dari 5 tahun.  Seperti halnya leukemia, retinoblastoma juga bisa menyebar hingga tulang. Gejala yang muncul jika menderita penyakit ini adalah sindrom mata kucing (white pupil), juling (strabismus), dan peradangan jaringan mata (cellulitis). Jika bola mata tampak menonjol, ini menunjukkan bahwa kanker sudah berada pada stadium lanjut.

3. Osteosarkoma (kanker tulang)

Adalah penyakit karena pertumbuhan tulang yang tidak normal. Penyakit ini paling banyak ditemukan pada anak-anak berkelamin laki-laki. Gejalanya akan tampak seperti rematik pada orang dewasa yang tidak hilang-hilang, yang biasanya muncul pada waktu malam. Tulang juga menjadi rapuh sehingga mudah sekali mengalami patah tulang.

4. Neuroblastoma (kanker saraf)

Kanker ini berasal dari jaringan yang membentuk sistem saraf simpatis. Kanker ini kebanyakan ditemukkan pada bayi baru lahir dengan perbandingan kasus pada anak laki-laki 1,2 kali lebih banyak daripada anak perempuan. Gejala awal neuroblastoma antara lain benjolan di perut serta perdarahan pada mata. Perdarahan pada amata akan memberi warna kebiruan di sekutar kantong mata, sehingga disebut sebagai sindrom mata rakun.

5. Limfoma Malignum

Limfoma malignum, yaitu keganasan pada sel limfosit. Kanker ini paling sering ditemukan pada anak usia 7-10 tahun. Gejalanya adalah pembesaran kelenjar getah bening asimetris yang tidak nyeri, demam, keringat pada malam hari, tidak nafsu makan, anemia dan infeksi.

Berdasarkan data WHO, setiap tahunnya penderita penyakit kanker bertambah dan sekitar 4% adalah kanker anak dan menyebabkan kematian. Pengobatan dan perawatan anak penderita kanker sangat menguras tenaga, pikiran, dan biaya. 

Karena tidak semua anak penderita kanker berasal dari keluarga yang mampu, sudah saatnya kita membantu meringankan beban anak penderita kanker. Salah satu cara yang cukup mudah adalah, dengan  upload foto Anda serta cerita singkat tentang foto tersebut di Aksi Peduli Panadol. Dengan meng-upload foto tersebut maka Anda turut membantu membangun rumah singgah bagi anak penderita penyakit kanker anak, dan foto Anda bernilai Rp. 5,000. Ajak juga teman Anda untuk vote foto yang telah Anda upload, karena akan berkesempatan mendapat hadiah sebesar 15 juta rupiah. Anda pun boleh meng-upload foto lebih dari satu kali.

Partisipasi Anda akan sangat membantu..




Read more ►
 

Copyright © warnetter Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger