Kamis, 06 Februari 2014

35 ahli PAS Jabi sertai Umno Sebenarnya hanya Umno masuk Umno

0 komentar

Harakahdaily, 10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).

Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim (gambar) yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.

“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.


Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.

“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.

“Hairan bukan?” ujarnya.

Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.

Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.

“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.

“Kegagalan bermakna Ente adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai Majlis Ahli Umno Masuk Umno.
Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

PAS Pusat Lulus Usul Tahaluf Siyasi Tanpa Bahas

0 komentar

SHAH ALAM – Kerajaan PAS Pusat meluluskan usul berhubung tahaluf siyasi yang dikemukakan Dewan Ulama tanpa bahas.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan usul tersebut diterima tanpa bahas pada petang Sabtu.

Dalam usul itu, Dewan Ulama berkata tahaluf siyasi telah membantu PAS dan Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan peningkatan kerusi di Terengganu.

Namun, menurut Dewan Ulama, di sebalik kemenangan itu, PAS Kedah kecundang kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu selain gagal mengembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura dan ahli jawatankuasa PAS Pusat supaya mengkaji, menyemak dan menilai kekuatan serta kelemahan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

“Kejayaan dan kegagalan pendekatan itu perlu dikaji dan dinilai dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar’iyyah untuk tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU-14,” katanya.

Usul yang sama turut dibawa oleh PAS Kuala Kangsar yang meminta kepimpinan PAS Pusat memperkasakan tahaluf siyasi dengan mengambil pendekatan tegas dalam perkara membabitkan prinsip dan dasar parti.

Turut diluluskan tanpa bahas adalah usul penyelarasan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (Dewan Ulama), pendidikan (PAS Marang), organisasi dan pendidikan (PAS Pandan) serta memperkasakan media penyiaran PAS (PAS Petaling Jaya Utara). - mStar Online
Read more ►
 

Copyright © warnetter Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger