Minggu, 09 Maret 2014

Ahli forensik Israel curi organ tubuh dari mayat warga Palestin

0 komentar
14 Nov 2013

Ahli forensik Israel curi organ tubuh dari jasad warga Palestina
Foto Pemenang World Press Photo 2013. ©worldpressphoto.org
 
Merdeka.com - Menteri Urusan Sipil Palestin  Hussein al-Sheikh kelmarin mengatakan Israel menyatakan setuju untuk mengembalikan organ tubuh dari jasad warga Palestin  yang digunakan oleh ahli forensik dan patologi untuk kegunaan otopsi.

Sebelumnya Ketua Institut Forensik Israel Jehuda HIss mengakui para ahli itu memakai organ tubuh dari warga Palestin  yang sudah meninggal tanpa seizin keluarga mereka.

"Kami menggunakan kornea mata dari jasad-jasad itu. Semua yang dilakukan sifatnya tidak resmi dan tanpa meminta izin dari keluarga," kata Hiss dalam wawancara dengan seorang ahli akademik Amerika pada 2000 lalu. Wawancara itu dirilis pada 2010 dan sebahagian ditayangkan di stesyen televisyen Israel Channel 2 TV.

Stesyen TV itu melaporkan sejumlah ahli forensik mengambil tulang, kornea, hati, dan kulit dari jasad tentera Israel, rakyat awam, warga Palestin , dan pekerja asing.

Pihak tentera Israel mengakui adanya praktik itu tapi mereka mengatakan hal itu sudah tidak dilakukan lagi.

"Praktik ini berakhir satu dekade lalu dan tidak pernah dilakukan lagi," kata pihak militer.
Read more ►

Kamis, 06 Februari 2014

35 ahli PAS Jabi sertai Umno Sebenarnya hanya Umno masuk Umno

0 komentar

Harakahdaily, 10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).

Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim (gambar) yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.

“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.


Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.

“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.

“Hairan bukan?” ujarnya.

Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.

Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.

“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.

“Kegagalan bermakna Ente adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai Majlis Ahli Umno Masuk Umno.
Read more ►
 

Copyright © warnetter Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger