Kamis, 13 Februari 2014

Raja Nong Chik gesa BN terima saranan Anwar Pulak

0 komentar
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK September 07, 2013  
Raja Nong Chik mahu BN terima tawaran Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 September, 2013. 
Raja Nong Chik mahu BN terima tawaran Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 September, 2013.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menerima cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding bersama Pakatan Rakyat (PR) agar perbagai permasalahan dapat diselesaikan secara permuafakatan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu menegaskan sekiranya parti Melayu lain seperti PAS ingin menyertai rundingan tersebut, maka cadangan itu perlu diambil kira oleh BN.

 "Jika semua parti Melayu sedia duduk bersama untuk berbincang maka BN harus menyahut seruan perpaduan itu demi rakyat. Demi pihak majoriti yang ingin melihat kerjasama tersebut, BN harus menyahut seruan ini.
"Sekiranya orang Melayu mampu untuk bersatu maka kaum lain akan menghormati pemuafakatan ini dan menjadikan negara lebih stabil dalam jangka masa panjang," katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam persetujuannya itu, Raja Nong Chik sempat mengecam Anwar dengan melabelkannya sebagai pencetus perpecahan kaum Melayu sambil meragui keikhlasannnya mencadangkan untuk berunding dengan BN.

"Saya melihat cadangan Anwar itu sebagai ada udang di sebalik batu," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran Anwar itu perlu dipertimbangkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.
Katanya, sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan.

Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.
Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak. - 7 September, 2013.
The Malaysian Insider
Read more ►

Jumat, 31 Januari 2014

Sgor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN

0 komentar

  • Ahmad Fadli KC
  • Malaysiakini  Nov 19 2012
Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

NONE"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi "tinjauan daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin".

Jangka siap dua setengah tahun
Satu siaran di laman Kementerian Kerja Raya menyebut, projek tersebut dirasmikan menteri besar pada masa itu, Mohamad Khir Toyo dan juga menteri kerja raya Dato Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya pada 4 Mac 2008 di Klang.

Laman tersebut menyatakan, projek melibatkan kos RM230 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua setengah tahun.

Ia meliputi pembinaan jalan baru sepanjang 2.5km, jambatan baru merentasi Sungai Klang sepanjang 0.5km dan naiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.3km.

Antara lainnya, ia bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada – Jambatan Kota dan Jambatan Musaedin – serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, menurut kementerian itu lagi.
Khalid hari ini membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2013 dengan anggaran tinjauan dan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion dengan tema "Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia".

Jelasnya, tahun 2013 adalah tahun kelima Selangor membentangkan belanjawan berimbang.

Menurutnya, Selangor menjangkakan membelanjakan wang dari tinjauan cukai sebanyak RM584 juta (35.86 peratus tinjauan negeri), RM859.8 juta dari tinjauan bukan cukai (52.75 peratus) dan terimaan bukan tinjauan sebanyak RM185.7 juta (11.4 peratus).

Wang tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus sebanyak RM996.9 juta (61 peratus) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM663 juta (39 peratus).
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Pondok Kedah Kelantan tolak BN dan Yayasan Pondok 1 Malaysia

0 komentar
JAWAB ISU YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA DAN MINDA PONDOK KELANTAN
DATANG KEDAH BUAT KACAU DAUN ...
Di Kelantan tak laku mereka cuba nak mai Kedah nak cuba pecah kesatuan Pondok Kubu PAS Kedah 
Read more ►
 

Copyright © warnetter Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger