Minggu, 16 Maret 2014

Memang benar cinta itu buta

0 komentar

Selasa, 25 Disember 2012

relevansokmo

ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil.

BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.

Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.

Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.

“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.


BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.

“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. - DM
Read more ►

Senin, 10 Maret 2014

Kisah benar untuk renungan orang Melayu

0 komentar
9 Sep 2013
Ambil iktibar utk semua orang terutama orang melayu dlm membantu menjayakan usahawan terutama usahawan melayu di malaysia.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu.... Kisah 1:Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ? Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ." Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ? Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ." Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu . Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ." Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ? Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....
Kisah 1:Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?
Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .
Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….
 sumber
Read more ►
 

Copyright © warnetter Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger